Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis

September 29, 2023 · Isu semasa

Lima staf Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada pegawai dan anggota pasukan itu antara enam ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki tempatan dari sebuah kedai makan di Desa Petaling di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, keesokan harinya, lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berumur 26 tahun mengenai kejadian itu pada 5.48 petang, hari yang sama.

“Dalam laporannya, mangsa yang tidak bekerja mendakwa dilarikan sekumpulan lelaki ketika berada di sebuah kedai makan di Desa Petaling, pada 3.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras menahan kelima-lima pegawai dan anggota berkenaan termasuk seorang lagi suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Zam Halim berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 365, Seksyen 342 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Siasatan terperinci sedang diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Kesemua suspek direman satu hari sehingga semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan yang boleh menimbulkan kegusaran dan ketenteraman awam.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi talian penting Polis Cheras di 03-9284 5050/ 5051, talian penting Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok