Langkawi rekod 36 jangkitan baharu, 625 kes aktif

September 16, 2021 · Isu semasa

Pulau Langkawi yang dibuka semula kepada pelancong menerusi projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula hari ini merekodkan 36 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah hari ini, angka itu menjadikan kini terdapat 625 kes aktif di seluruh pulau itu, dengan Mukim Kuah mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 240 kes.

Mukim Air Hangat pula merekodkan 131 kes aktif, diikuti Ulu Melaka (101 kes); Padang Matsirat (83 kes); Bohor (36 kes); dan Kedawang (34 kes).

Mengikut data itu, Kedah hari ini merekodkan 1,233 jangkitan baharu menjadikan kumulatif sejak wabak Covid-19 menular di negeri itu kini mencecah 122,736, dengan 19,263 kes masih aktif.

Dari segi kapasiti dan katil hospital Covid-19 di Kedah yang dikemas kini sehingga 15 September 2021 sehingga jam 5 petang semalam, menunjukkan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) melebihi 100 peratus daripada 104 katil yang disediakan.

Pulau peranginan Langkawi mula menerima kehadiran semula pelancong di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik bermula hari ini, setelah hampir dua tahun ditutup susulan penularan Covid-19 bermula awal tahun lalu.

Sehingga malam ini, lebih 3,000 pelancong dilaporkan sudah mendarat di pulau itu, dengan dikenakan prosedur operasi standard (SOP) sebelum menaiki pesawat atau feri.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pula menyasarkan kira-kira 200,000 pelancong domestik akan mengunjungi Langkawi bermula hari ini hingga Disember ini.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri menjangkakan kira-kira 30,000 pelancong dijangka melawat ke pulau peranginan itu sepanjang September selepas industri pelancongan pulau berkenaan dibuka semula.

“Jadi adalah penting pada hari ini kedatangan pelancong ini menjadi tanda aras kepada hari yang lain kerana orang akan melihat minggu depan macam mana, berapa ramai lagi boleh datang kerana kalau hari ini menunjukkan kejayaan bagi kita maka hari-hari lain akan menjadi lebih mudah.

“Kebetulan pula minggu ini dirasakan sebagai hujung minggu yang panjang kerana hari ini adalah cuti umum dan esok Jumaat ada negeri yang cuti, jadi sampai hari Sabtu dan Ahad cuti. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kita menyaksikan prestasi Langkawi ini sebagai projek rintis,” katanya pada sidang media di Langkawi, hari ini setelah menyambut ketibaan pelancong di terminal feri Kuah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok