Langkah pemulihan ekonomi diperkenal kerajaan PN tunjuk kesan positif

September 12, 2021 · Isu semasa

Walaupun menerima kritikan dan kecaman banyak pihak sebelum ini, langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mula menunjukkan kesan positif selepas meningkat pelaburan ke dalam negara.

Peningkatan aliran masuk modal pelabur asing yang dicatat pada bulan Ogos sebelum peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sebanyak RM7.7 bilion seperti diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz merupakan bukti strategi pemulihan ekonomi yang dirancang sudah membuahkan hasil.

Bagi bulan Ogos 2021, pelabur asing telah menjadi pembeli utama dengan pelaburan bersih di pasaran bon Ringgit sejumlah RM6.6 bilion berbanding negatif RM3.6 bilion pada bulan Julai 2021. Bagi pasaran ekuiti pula, pelaburan bersih asing adalah RM1.1 bilion, berbanding negatif RM1.3 bilion pada bulan Julai 2021.

Selain itu, nilai harga pasaran ekuiti negara juga menjadi tarikan utama aliran masuk dana pelabur asing berbanding pasaran ekuiti negara lain di rantau ini.

Setakat Ogos 2021, pegangan pelabur asing bagi bon Kerajaan Malaysia meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion.

Kerajaan menjangkakan bahawa momentum pemulihan pada suku keempat 2021 ini akan diteruskan pada tahun hadapan, dimana faktor-faktor pertumbuhan negara akan memanfaatkan pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui keyakinan pelabur untuk terus melabur ke Malaysia hasil kesinambungan dasar-dasar kerajaan terdahulu dan yang baharu sekarang ini.

“Ini merupakan bukti keyakinan pelabur dan pengurus dana terhadap prospek pertumbuhan negara, serta kesinambungan dasar-dasar kerajaan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Untuk rekod, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada

Muhyiddin juga dilantik kerajaan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok