Langkah pemulihan ekonomi beri impak positif, melonjak 16.1%

August 13, 2021 · Isu semasa

Lonjakan ekonomi negara 16.1 peratus pada suku kedua 2021 berbanding -0.5 peratus pada suku pertama disumbang hasil daripada beberapa langkah pemulihan yang diperkenalkan Putrajaya.

Bank Negara Malaysia berkata lonjakan tersebut disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik dan prestasi eksport yang terus mantap, ia juga mencerminkan asas yang rendah berikutan kemerosotan aktiviti yang ketara pada suku kedua tahun 2020.

“Meskipun langkah-langkah pembendungan telah menjejaskan pertumbuhan, namun kemampuan yang tinggi untuk membuat penyesuaian terhadap sekatan dan sokongan dasar yang sedang dilaksanakan sebahagiannya telah mengurangkan kesan langkah-langkah berkenaan,” kata gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam satu kenyataan di sini lapor Bernama.

Kegiatan ekonomi meningkat pada awal suku kedua namun kemudiannya menurun berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat di seluruh negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh Fasa 1. Semua sektor ekonomi mencatatkan peningkatan khususnya sektor perkilangan.

Dari segi perbelanjaan, pertumbuhan dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta yang lebih tinggi dan aktiviti perdagangan yang kukuh.

Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi mencatatkan penurunan sebanyak 2.0 peratus berbanding 2.7 peratus pada suku pertama tahun ini, terjejas akibat langkah-langkah pembendungan yang lebih ketat.

Seperti yang dijangka, inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.1 peratus pada suku kedua (S1 2021: 0.5 peratus), disebabkan terutamanya oleh kesan asas daripada harga bahan api serta luputnya kesan daripada rebat tarif elektrik bertingkat.

Inflasi teras bagaimapan terus stabil pada 0.7 peratus pada suku kedua tahun 2021 (S1 2021: 0.7 peratus)

Gabenor berkata pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua (S1 2021: 4.7 peratus). Pertumbuhan pinjaman terkumpul menjadi sederhana kepada 3.6 peratus manakala pertumbuhan bon korporat terkumpul meningkat kepada 6.9 peratus.

“Pinjaman perniagaan terkumpul mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.3 peratus berikutan pertumbuhan yang lebih perlahan bagi pinjaman berkaitan pelaburan.

‘’Bagaimanapun, pertumbuhan modal kerja terkumpul meningkat pada suku berkenaan. Bagi isi rumah, permintaan terhadap pinjaman terus menggalakkan terutamanya bagi pembelian hartanah kediaman,” katanya.

Menyentuh mengenai mata wang, beliau berkata ringgit menambah nilai sebanyak 0.1 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun 2021.

Penambahan nilai ini sebahagian besarnya disebabkan oleh nilai dolar AS yang semakin lemah pada awal suku kedua berikutan penurunan kadar hasil bon Perbendaharaan AS benar yang menyebabkan pelabur beralih kepada aset yang memberikan kadar hasil yang lebih tinggi.

“Bagaimanapun, jangkaan terhadap dasar monetari kembali ke paras yang wajar pada kadar yang lebih cepat berikutan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada bulan Jun, telah menyebabkan pelabur mengimbangi semula portfolio mereka kepada aset dalam denominasi dolar AS pada akhir suku kedua”.

Sejak 1 Julai, ringgit menyusut nilai sebanyak 1.7 peratus berbanding dengan dolar AS (setakat 9 Ogos).

Penyusutan ini sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang serantau lain berikutan dolar AS yang secara keseluruhan bertambah kukuh.

Memandangkan keadaan berhubung dengan momentum pemulihan ekonomi global dan dalam negeri pada masa hadapan masih tidak menentu, ringgit dijangka terus terdedah kepada tempoh volatiliti yang ketara, jelasnya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok