Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot

November 7, 2023 · Isu semasa

Sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan tetap dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan.

Perdana Menteri akan menghadiri sidang yang akan berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat itu walaupun terdapat gesaan supaya memboikotnya kerana pendirian negara itu yang menyokong Israel.

Ujarnya, biarpun ada desakan supaya tidak menghadiri persidangan terbabit, beliau perlu menjaga hubungan diplomatik, keamanan dan ekonomi.

“Jadi apakah disebabkan negara kita tidak bersetuju dengan isu (Palestin) ini, (kita) tidak akan hadir?

“Bagi saya keutamaan juga menjaga hubungan diplomatik dan keamanan walaupun tidak berganjak dari sudut mempertahankan keadilan dan menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

“Maka setakat ini, saya memutuskan untuk hadir pesidangan APEC yang dihadiri oleh semua negara Asia atas undangan Presiden (AS, Joe) Biden ke San Francisco,” katanya dipetik laporan BH.

Anwar berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri hari ini.

APEC adalah forum ekonomi serantau yang ditubuhkan pada 1989 untuk memanfaatkan saling kebergantungan yang semakin meningkat di Asia-Pasifik, yang mana tahun ini, ia akan bersidang di San Francisco bermula 11 hingga 17 November ini.

Anwar berkata, sudah tentu keputusannya itu tidak akan menyenangkan sebahagian pihak kerana sebagai Perdana Menteri, beliau juga perlu menjaga kepentingan Malaysia.

“Tentunya keputusan ini mungkin tidak menyenangkan sebahagian pihak dan kalau ya pun, janganlah menghukum saya sebagai pro Israel (hanya) kerana hadir persidangan ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya kena jaga kepentingan negara ini dan keselamatannya, ekonominya, kesenangannya dan tentu tidak berganjak menyatakan sikap saya (dalam isu Palestin),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengajak semua pihak termasuk parti politik supaya tidak mempolemikkan isu Palestin. sebaliknya mencari cara untuk membantu negara berkenaan.

“Saya lihat kadang-kadang polemik parti dan golongan ekstrem agak melampau, sudahlah, dalam isu Gaza ini, kita berpakatlah bersama, orang dibunuh, anak-anak kecil mati, fikirlah bersama bagaimana nak membantu.

“(Ini) nak cari political score and point (mata politik) , its sickening (menjengkelkan), nak kecam orang itu, (kata) orang itu tak bagus, saya sahaja bagus dan itu keadaan politik sudah hampir menyesatkan sehingga hilang pertimbangan,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok