Laman web HQA mudahkan pelancong asing mohon kuarantin: Khairy

September 21, 2021 · Isu semasa

Pelancong menerima vaksin sepenuhnya, yang ingin ke Malaysia boleh membuat permohonan kuarantin kendiri di rumah melalui portal baharu diwujudkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Portal Home Quarantine Application (HQA) yang dibangunkan CPRC Kebangsaan KKM itu akan menguruskan setiap permohonan dengan lebih baik, kata Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan akhbar sempena pelaksanaan portal HQA.

Bermula jam 8 pagi tadi, permohonan sudah boleh dibuat dalam talian melalui laman web, jelas kementerian itu dalam laman rasmi Facebooknya semalam.

Khairy memaklumkan proses permohonan semasa, menggunakan alamat e-mel, menyebabkan tunggakan hampir 6,000 permohonan.

“Dengan adanya portal ini, ia akan menggantikan proses sedia ada yang mengambil masa tiga hari setelah mengemukakan permohonan lengkap untuk diluluskan.

Mulai hari ini, pemohon hanya perlu klik pada portal dan membuat permohonan kuarantin kendiri di rumah, di laman web KKM.

“Ini akan membantu lebih ramai lagi rakyat malaysia dan ekspatriat untuk pulang dan kuarantin di rumah mereka tanpa perlu mengeluarkan wang untuk kuarantin di hotel,” katanya di Twitter semalam.

Menurut Khairy, modul portal HQA ini sebahagian daripada modul dalam sistem e-COVID19 yang mengurus perincian pesakit COVID19 dan berintegrasi dengan aplikasi SIMKA, e-Notifikasi dan MySejahtera.

Pihak Berkuasa akan bertanggungjawab untuk menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat kuarantin di rumah atau tidak.

Selain itu, penilaian risiko turut akan dikenalpasti bagi memastikan seseorang itu sesuai atau tidak untuk kuarantin di rumah, dengan mestilah diuji negatif Covid-19 menggunakan ujian saringan reaksi berantai polimerase (PCR).

Kementerian turut mengingatkan permohonan mestilah dibuat tujuh ke 10 hari sebelum tarikh masuk ke Malaysia.

Manakala, pelancong yang tiba di Malaysia bermula 28 September ini, diwajibkan melakukan permohonan melalui portal baharu itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok