Kualiti udara di Sri Aman catat IPU tak sihat: Laporan

October 4, 2023 · Isu semasa

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat direkodkan di Sri Aman, Sarawak pada pagi ini.

Kualiti udara di Sri Aman berada pada paras 128 pagi ini, berdasarkan kemas kini terbaru di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 10 pagi ini.

Sementara itu, sebanyak 62 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan sederhana iaitu di bawah 100.

Lima lagi stesen iaitu di Kimanis, Sabah; Sri Manjung, Perak; Balik Pulau, Pulau Pinang; Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis mencatatkan bacaan di bawah 50 iaitu pada tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Bagaimanapun, berdasarkan kemas kini tersebut, sebahagian besar kawasan di pantai barat Semenanjung yang berada berhampiran Selat Melaka mencatatkan bacaan melebihi 70.

Selain itu, rata-rata stesen di Sabah dan Sarawak juga mencatatkan bacaan melebihi 70.

Semalam Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan kebakaran hutan besar-besaran kali akhir diterima kementerian ialah pada Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, jerebu yang melanda ketika ini berpunca dari negara luar berdasarkan data diperoleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Kementerian juga telah berkongsi data (jerebu) dengan negara ASEAN dan pada masa sama, mengingatkan dan menghantar surat kepada syarikat pengusaha ladang Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok