KPM teliti garis panduan pemilihan penceramah di sekolah: Radzi

September 12, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperincikan garis panduan berkaitan pemilihan penceramah untuk program di sekolah termasuk ceramah motivasi, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Transformasi Pendidikan: Infrastruktur Pendidikan yang Selamat dan Kondusif di sini hari ini, Radzi berkata antara perkara yang akan diperhalusi adalah berkaitan kebebasan pihak sekolah memilih sendiri penceramah luar, menurut laporan Bernama.

“Berkaitan dengan (program) motivasi di sekolah, kenapa kita tak bagi sekolah autonomi dalam perkara tertentu. Kalau kita tak pantau, ada lebih 10,000 sekolah dan kita akan dapati nanti macam-macam pendekatan digunakan sekolah untuk program motivasi.

“Kalau kita perincikan semua benda nanti, kata semua kementerian nak kawal, kenapa tak bagi autonomi kepada sekolah? Inilah cabaran yang kita hadapi,” katanya mengulas mengenai kes amang seksual yang dilaporkan baru-baru ini membabitkan seorang penceramah bebas yang juga bertaraf selebriti.

Selebriti lelaki itu yang telah ditahan polis Khamis lepas di Selangor, dipercayai berkenalan dengan mangsa dalam program motivasi di sekolah. Sehingga kini, terdapat enam laporan polis telah dibuat terhadap penceramah bebas yang direman enam hari sehingga 14 Sept ini.

Radzi berkata sehingga garis panduan khusus dibangunkan kelak, garis panduan dan pekeliling sedia ada akan terus dikuatkuasakan dan terpakai.

“Sekarang ini garis panduan sedia ada terpakai sehingga kita membuat garis panduan atau pekeliling yang berikutnya dan dalam isu ini, kita mahu capai keseimbangan yang sebenar dalam setiap perkara ini dan kita perlu melakukan penelitian terlebih dahulu sebelum kita putuskan sesuatu,” katanya.

Radzi berkata KPM memandang serius isu berkenaan dan dalam masa yang sama mahu memastikan sekolah merupakan tempat yang selamat untuk pelajar.

“Sekolah semua berniat baik, ingin dapatkan penceramah-penceramah dari pelbagai konteks untuk beri motivasi kepada murid-murid ini tapi kadang-kadang berlaku kes tertentu seperti yang dibangkitkan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok