Kos haji cecah RM25,000 seorang

March 26, 2021 · Isu semasa

Kos mengerjakan haji tahun ini dijangka meningkat kepada RM25,000 bagi setiap jemaah, berbanding RM22,900 bagi musim 2019/2020, kata Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman.

Bagaimanapun, katanya, kadar bayaran yang perlu ditanggung oleh jemaah haji bagi musim ini belum ditetapkan lagi.

Sebelum ini, setiap jemaah Malaysia hanya perlu membayar RM9,980, sementara selebihnya ditanggung oleh kerajaan. Kadar itu tidak pernah dinaikkan sejak 2009, walaupun kos mengerjakan haji meningkat setiap tahun.

Syed Saleh berkata, kadar baharu haji itu meningkat selepas Arab Saudi menaikkan cukai tambahan sejak 2018 dan terbaharu ianya dinaikkan kepada 15 peratus tahun lalu.

“Jumlah cukai itu tidak mengambil kira pelaksanan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Arab Saudi hingga memberi impak terhadap kos mengerjakan haji,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Tabung Haji juga sudah membuat persiapan awal dengan mengambil kira norma baharu dalam mengendalikan operasi di pusat pelepasan di seluruh negara.

“Ini termasuk dari segi penginapan, pengangkutan, penerbangan, sajian makan, hukum hakam ibadah dan sebagainya di tanah suci Makkah dan Madinah. Walaupun sehingga kini belum ada kepastian pelaksanaan haji tahun ini, TH perlu mengambil langkah untuk bersedia.

“Walaupun sehingga kini masih tiada kepastian tentang pelaksanaan haji tahun ini, TH perlu mengambil langkah untuk bersedia.

“Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan haji dan jumlah jemaah haji negara yang dibenarkan untuk melaksanakan rukun Islam yang ke lima pada tahun ini,” katanya.

TH , katanya, menjangkakan SOP dan protokol kesihatan musim haji yang ketat akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi meliputi penjarakan fizikal di bangunan penginapan, pengangkutan dan pelaksanaan ibadat dalam memastikan keselamatan para jemaah haji dari seluruh dunia.

Bakal haji juga diminta bersedia untuk mengambil suntikan wajib meningococcal apabila dipanggil Kementerian Kesihatan supaya proses pengambilan vaksin Covid-19 seterusnya berjalan lancar.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok