Kos 200 tiang lampu DBKL bernilai RM30.75 juta dipersoal MP DAP

June 11, 2022 · Isu semasa

Kos kontrak bernilai RM30.75 juta bagi menggantikan 200 unit tiang lampu di Lembah Klang dipersoalkan seorang Ahli Parlimen (MP) DAP.

MP Kepong Lim Lip Eng mahu kerajaan menjelaskan setiap butiran berhubung kos 200 unit tiang lampu untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tersebut dan kewajaran jumlah tersebut.

Tegas Lip Eng, orang ramai berhak mengetahui kewajaran kos keseluruhan untuk kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian 200 unit tiang lampu tersebut.

“Orang ramai tertanya-tanya adakah kontrak bernilai RM30.75 juta ini semata-mata untuk membina 200 tiang lampu?

“Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos sebanyak RM153,750 juta?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Lip Eng juga berkata akan mendapatkan penjelasan DBKL berhubung perkara itu, termasuk sama ada ia diberikan melalui tender terbuka atau tidak.

“Kerajaan tiada alasan untuk mengetepikan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kontrak berbelanja begitu tinggi,” katanya.

Pada Selasa lalu, Bernama melaporkan projek penggantian tiang lampu pintar DBKL dijangka akan bermula bulan ini dan selesai pada Mei 2023.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok