Kopi Colombia RM3.23 juta dirampas

April 3, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 173,074 kilogram biji kopi yang dibawa masuk dari Colombia bernilai RM3.23 juta kerana tidak mematuhi syarat import.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hisham berkata, rampasan pada Khamis lalu dibuat selepas menjalankan pemeriksaan rutin pada 11 pagi di Pelabuhan Klang Utara.

“Hasil pemeriksaan mendapati barang dagangan berkenaan tidak mematuhi syarat import MAQIS sebagaimana yang dinyatakan permit, lesen dan perakuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini .

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan jika sabit
kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, MAQIS akan terus memperketatkan kawalan dan tiada kompromi ke atas biosekuriti barangan yang dibawa masuk dari luar negara bagi memastikan komoditi pertanian mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan.

Berita berkaitan
MAQIS kawal sempadan pastikan tiada aktiviti eksport ayam
June 2, 2022· Isu semasa
Bukan produk berasas ikan, tapi babi
May 12, 2022· Isu semasa
MAQIS rampas produk babi bernilai RM453,600
April 27, 2022· Isu semasa
Kucing British Shorthair dari Rusia ditahan, dokumen sijil berbeza
September 7, 2021· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok