KL banjir: 19 mangsa tinggal di Chow Kit dipindah ke PPS

October 11, 2023 · Isu semasa

Seramai 19 mangsa yang terjejas susulan banjir kilat di sekitar Kampung Periuk di Chow Kit, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah semalam.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Mohamad Riduan Akhyar berkata pihaknya dengan kekuatan lapan anggota bersama agensi penyelamat lain mengambil masa kira-kira dua jam untuk memindahkan kesemua mangsa terjejas, lapor Bernama.

Beliau berkata semasa kejadian, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang melakukan operasi pemantauan banjir di sekitar ibu negara susulan hujan lebat dan apabila sampai di lokasi terbabit mendapati air semakin naik.

“Proses pemindahan berjalan lancar dan semua mangsa telah ditempatkan di PPS. Keadaan semasa di sini hujan telah berhenti serta paras air juga semakin surut,” katanya kepada Bernama selepas selesai kerja pemindahan mangsa banjir di sini.

Kesemua 19 mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan 11 wanita termasuk empat warga emas.

Sementara itu, seorang mangsa Tuan Sharifah Tuan Long, 40, berkata ketika kejadian dia sedang meluangkan masa bersama anak-anaknya dan tiba-tiba mendapati paras air semakin naik.

“Hujan lebat dalam 30 minit saja, lepas itu saya dengar siren dibunyikan. Selepas itu, kami lihat pihak bomba dan agensi penyelamat lain tiba dan mengarahkan kami untuk keluar dan ditempatkan di PPS,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 40-an, berkata kejadian hari ini agak mengejutkan kerana sudah dua tahun kampung berkenaan tidak mengalami banjir.

“Saya tidak jangka hujan lebat hari ini mengakibatkan banjir. Mahu tidak mahu kami sekeluarga terpaksa meninggalkan rumah dan mengikut arahan pasukan penyelamat sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
16 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok