Kesatuan penduduk teras bangunkan bangsa, negara: Perdana Menteri

October 19, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia bahawa jatuh bangun serta kemuliaan sesebuah bangsa dan negara terletak kepada kesatuan dan kesepaduan penduduknya.

“Jangan kerana kita berbeza pendapat, berlainan wadah atau cara pendekatan, menyebabkan hilang nilai ukhuwah dan semangat perpaduan yang sekian lama terjalin,” katanya pada perutusan khas sempena sambutan Maulidur Rasul 2021M/1443H yang disiarkan secara langsung di RTM, hari ini.

Beliau memberi contoh, Rasulullah mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran Madinah di wilayah utara dan selatan untuk meningkatkan kesefahaman serta memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran, selain menghindar kekacauan dan pertembungan kuasa.

“Kita jalin dan kukuhkan kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

“Siapa pun kita, sama ada seorang bapa, ibu, anak, jiran, pekerja, ketua di pejabat atau pemimpin masyarakat, agama atau politik, masing-masing perlu memainkan peranan untuk memulihkan kembali negara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu Perdana Menteri mengajak rakyat berganding bahu sebagai Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara, selain menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini.

Ismail Sabri berkata, apa jua perbezaan perlu dijadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan dijadikan sebagai sumber kekuatan.

Berhubung tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu ‘Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’, beliau berkata ianya menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu rahmat, aman, bertuhan, bakti, adil, dan insani.

Perdana Menteri berkata semua nilai itu selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, selain 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih sayang dan bermusyawarah.

“Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, yang mana perpaduan dan integrasi nasional sudah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan Maulidur Rasul.

“Ia dilakukan melalui penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul kepada insan yang banyak berbakti kepada masyarakat merentasi agama dan bangsa.

“Pengiktirafan ini secara langsung menyumbang ke arah melahirkan generasi Malaysia yang memiliki semangat perpaduan dan kebersamaan serta saling menghormati, selari dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berharap, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menghasilkan keinsafan dan kecintaan umat Islam negara ini kepada Rasulullah, dengan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok