Kes positif Covid hari ini turun ke paras kedua terendah tahun ini

April 25, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara hari ini, (25 April) turun lagi ke paras kedua terendah sepanjang tahun ini apabila mencatat 2,478 kes berbanding 4,006 semalam.

Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM), jangkitan harian terendah tahun ini dicatat pada 17 Januari lalu sebanyak 2,342 kes.

Jumlah terbaharu hari ini menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 naik sedikit kepada 4,433,551 kes dengan sehingga semalam 4,320,822 pesakit telah sembuh dan 35,499 kematian direkodkan.

Rekod Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri hari ini menunjukkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan harian, tetapi nisbahnya adalah kecil.

Kedah hari ini merekodkan 113 kes baharu, naik sedikit berbanding 105 kes semalam, diikuti Johor (112 kes, 111 semalam); Terengganu (41 kes, 35 semalam); Kelantan (27 kes, 20 semalam); Perlis (11 kes, tujuh semalam); dan Labuan (enam kes, dua semalam).

Berikut adalah jumlah kes harian dan kumulatif positif bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan pada 25 April 2022:

  • Selangor – 1,127 (1,332,474);
  • Johor – 112 (381,642);
  • Sabah – 48 (370,539);
  • Kuala Lumpur – 356 (346,194);
  • Sarawak – 57 (304,877);
  • Kedah – 113 (298,209);
  • Pulau Pinang – 165 (276,463);
  • Kelantan – 27 (247,241);
  • Negeri Sembilan – 195 (200,806);
  • Perak – 101 (199,918);
  • Pahang – 40 (170,504);
  • Terengganu – 41 (125,556);
  • Melaka – 57 (121,413);
  • Labuan – 6 (21,293);
  • Putrajaya – 22 (19,185); dan
  • Perlis – 11 (17,237).

Maklumat lanjut termasuk kes kematian akibat komplikasi Covid-19 hari ini akan dikemas kini pagi esok.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok