
Data 28 Julai 2021
Angka jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi ke paras tertinggi, tatkala kerajaan terus meningkatkan usaha memberi vaksin kepada rakyat Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dalam tempoh itu sebanyak 17,405 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu, kepada 1,061,476 kes.

Data 28 Julai 2021
Jumlah jangkitan tertinggi sebelum ini direkodkan pada 25 Julai lalu iaitu sebanyak 17,045 kes.
Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 7,171 kes menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 387,764.
Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes baharu. Kedah mencatatkan lonjakan semula apabila merekodkan 1,112 kes baharu berbanding 1,000 kes yang dilaporkan semalam.
Sebelas negeri turut merekodkan peningkatan kes hari ini.
Setakat ini, jumlah individu menerima suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara semalam merekodkan angka tertinggi, sekali gus mengekal momentum pemberian 500,000 dos sehari bagi mempercepatkan lagi pencapaian imuniti kelompok.
Jumlah tertinggi dicatat menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini ialah pada 26 Julai 2021 membabitkan 521,923 dos suntikan.