Kes baharu turun sedikit

January 19, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit berbanding semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu sebanyak 3,229 kes baharu direkodkan berbanding 3,245 kes semalam.

Angka itu menjadikan kumulatif positif meningakt kepada 2,817,163 kes, dengan sehingga semalam seramai 2,741,355 pesakit telah sembuh, dan 31,818 pesakit meninggal dunia.

Sehingga semalam, sebanyak 40,761 kes masih aktif, dengan 33,809 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,994 ditempatkan di PKRC; 2,775 dimasukkan ke hospital; dan 183 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 84 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah pada nilai 0.99, naik berbanding 0.98 pada Isnin.

Bagaimanapun, tujuh negeri mencatat nilai Rt lebih daripada 1.00 yang pada dasarnya mengikut pakar kesihatan kadar kebolehjangkitan adalah membimbangkan.

Kuala Lumpur mencatat nilai Rt tertinggi sebanyak 1.08; diikuti Negeri Sembilan (1.06); Melaka (1.04); masing-masing 1.03 bagi Johor dan Kedah; serta masing-masing 1.01 bagi Selangor dan Sabah.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok