Kes jangkitan baharu Covid-19 turun lagi hari ini dengan sebanyak 6,709 kes dilaporkan hari ini, penurunan tiga hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,346,303 kes.
Semalam, jumlah kes baharu Covid-19 ialah 7,373 kes berbanding 8,743 kes kelmarin.