Kes baharu di sembilan negeri meningkat, Sarawak kekal tinggi

September 16, 2021 · Isu semasa

Sembilan negeri merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan kes harian turun sedikit berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 18,815 jangkitan baharu dikesan, menjadikan kumulatif sejak Mac tahun lalu kini mencecah 2,049,750 kes.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, sembilan negeri yang merekodkan peningkatan kes ialah Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Putrajaya dan Labuan.

Selangor hari ini merekodkan 2,718 kes, berbanding 2,710 semalam; Johor (2,206 hari ini, 1,860 semalam); Pulau Pinang (1,777 hari ini, 1,757 semalam); dan Perak (1,446 hari ini, 1,174 semalam).

Kedah pula merekodkan 1,233 kes baharu hari ini berbanding 1,178 semalam; Kuala Lumpur (493 hari ini, 363 semalam); Melaka (269 hari ini, 190 semalam); Putrajaya (22 hari ini, 16 semalam); dan Labuan (11 hari ini, 0 semalam).

Sementara itu, jumlah jangkitan di Sarawak kembali turun kepada 3,660 berbanding 4,708 kes yang dilaporkan semalam. Namun negara itu kekal merekodkan jumlah tertinggi pada peringkat nasional.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok