Kes ADUN DAP positif dadah, kertas siasatan diserah kepada pengarah pendakwaan

January 25, 2022 · Isu semasa

Kertas siasatan berhubung penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak, kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di sini pada 13 Jan lepas, telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, hari ini.

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata kertas siasatan itu, telah dikembalikan kepada polis dengan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pihaknya, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tindakan atau maklumat yang perlu dikemas kini, seperti di minta oleh Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Hari ini polis telah serahkan kertas siasatan kes itu dan ia turut ditaklimatkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, atas permintaan beliau (Pengarah Pendakwaan Negeri) kertas siasatan tersebut dikembalikan dengan beberapa tindakan untuk diambil oleh pihak polis.

“Polis akan lengkapkan tindakan yang diminta itu, dan kita jangka kertas siasatan tersebut akan diserahkan kembali dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami juga masih menunggu laporan patologi berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun berkenaan, bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, seramai 48 individu ditahan, dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala, 12 lagi berkaitan kes jenayah.

Mereka yang ditahan kerana positif dadah termasuk ADUN tersebut, dan dua anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.

ADUN Pasir Bedamar Terence Naidu yang ditahan itu, kemudiannya mendakwa ujian kedua air kencing yang dilakukan di sebuah klinik swasta – Klinik 02 di Pulau Pinang didapati negatif, dan meminta polis menjalankan siasatan segera.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok