Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis

March 19, 2023 · Isu semasa

Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata walaupun program itu telah dibatalkan semalam, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata ekoran itu, polis telah merakamkan kenyataan pengadu serta beberapa saksi bagi membantu siasatan.

“Polis juga telah menghubungi salah seorang dari NGO yang terlibat program ini dan dia memberi aku janji kepada polis untuk hadir ke IPD Sentul untuk diambil keterangan pada esok.

“Sebaik kertas siasatan dibuat kami akan rujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya berharap pihak yang terlibat memberi kerjasama untuk kami lengkapkan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas program High Profile Policing sempena Peringatan Hari Polis yang ke-216 di KLCC, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh NGO yang bernaung KBS.

Pada Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program ‘Jom Ziarah Gereja’ tidak melibatkan individu beragama Islam.

Sementara itu, mengulas mengenai perhimpunan hari wanita yang diadakan hadapan Sogo dan Dataran Merdeka yang dikaitkan dengan perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 12 Mac lalu, Azmi berkata seramai tujuh individu termasuk penganjur telah selesai diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Kami menjangkakan akan merujuk kertas siasatan yang dilengkapkan ke pejabat TPR Selasa ini,” katanya.

Berita berkaitan
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Ketua Pemuda UMNO sedia halang program Ziarah Gereja dianjur NGO bawah KBS
March 14, 2023· Politik
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok