Kerajaan pertimbang perkenal mekanisme subsidi minyak bersasar

April 26, 2022 · Isu semasa

Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan masih dalam peringkat merangka struktur bersesuaian yang dijangka dapat disiapkan tidak lama lagi.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga dalam peringkat meneliti sama ada kerajaan mampu menanggung subsidi manakala harga bagi petrol RON95 dan diesel dapat dikekalkan pada masa ini.

“Mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu. Subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40.

“Isunya di sini adalah masa dan bila mekanisme itu akan dilaksanakan,” katanya dalam program The Nation yang disiarkan oleh Bernama TV hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Mustapa turut menegaskan bahawa subsidi bahan api turut berperanan penting dalam mengawal kenaikan harga di Malaysia.

Malah, katanya, kerajaan telah berupaya mengekalkan kenaikan harga antara dua peratus hingga tiga peratus sejak 10 tahun hingga 20 tahun lalu.

“Bagaimanapun, ini akan memberi kekangan besar terhadap bajet. Apabila kita merangka Bajet 2022 pada tahun lalu, anggaran bagi subsidi adalah kira-kira RM5 bilion dan kini ianya sekitar RM30 bilion yang juga kenaikan jumlah subsidi sebanyak enam kali ganda,” katanya.

Beliau berkata, subsidi minyak itu merangkumi empat elemen iaitu RON95, diesel, gas asli cecair dan minyak masak.

Mustapa menjelaskan, kenaikan harga minyak mentah itu turut menjejaskan kadar inflasi negara yang menyaksikan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011-Mac 2022 pada 1.9 peratus.

“Kita percaya ini satu cabaran dalam usaha untuk melangkah ke hadapan. Impak itu terutama terhadap harga. Kita belum lagi menyemak semula unjuran pertumbuhan negara dan masih berpegang kepada unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu pertumbuhan pada 5.3 peratus hingga 6.3 peratus bagi tahun ini.

“Pada masa sama, kita juga perlu lebih realistik kerana ini adalah satu tempoh yang amat mencabar dan terdapat keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan tersebut dan kerajaan akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok