Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei

May 4, 2021 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di enam daerah dalam Selangor yang akan bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin meningkat hampir setiap hari di negeri itu.

Pelaksanaan tersebut diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengambil kira peningkatan kes mendadak yang dialami di Selangor dan ia perlu dilaksanakan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

“PKP bagi daerah terbabit akan berkuatkuasa 6 Mei sehingga 17 Mei manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dan bagi memutuskan rantaian jangkitan di Selangor yang mencatatkan kes harian yang tinggi sejak 20 April hingga 4 Mei lalu,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Enam daerah tersebut adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Menurutnya, pergerakan merentas negeri dan daerah bagi enam daerah itu tidak dibenarkan kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja.

“Keputusan ini berdasarkan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) yang dibangunkan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penularan jangkitan dan kes harian yang tinggi di Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok