Kerajaan digesa siasat punca kenaikan harga konkrit dan simen

December 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diminta menyiasat punca kenaikan harga konktrit dan simen yang mendadak sejak November 2020.

Kenaikan mendadak kos barang asas yang digunakan oleh pemaju itu membimbangkan kerana jika tidak ditangani segera ia boleh memberi implikasi kewangan yang buruk dan menjejaskan industri pembinaan.

Persatuan Pembina Johor, Persatuan Pembina Melaka, Persatuan Kontraktor Perak dan Persatuan Pembina Pulau Pinang dalam satu kenyataan bersama berharap agar isu itu mendapat perhatian KPDN dan diselesaikan dengan segera.

“Kami juga ingin memanjangkan rayuan kepada kementerian untuk membuat semakan, sama ada terdapat mana-mana pihak yang mungkin telah melanggar Akta Persaingan yang melarang perjanjian antipersaingan dan penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran semasa pelaksanaan kenaikan harga ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kenaikan sekali lagi harga konkrit dan simen sebanyak 15 peratus pada bulan lepas setelah ia meningkat sebanyak 15 peratus pada Mac, bakal menjejaskan seluruh industri pembinaan dan meletakkanya dalam keadaan tertekan.

“Bagaimanapun, kami berharap semua pihak dalam industri pembinaan dapat meneruskan persekitaran perniagaan yang sememangnya sukar ketika ini dengan cara yang lebih mampan,” katanya.

Berita berkaitan
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok