Kerajaan DAP Pulau Pinang buat pusingan U, kini batal niat beli vaksin

June 7, 2021 · Isu semasa

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini beria-ria mahu membeli vaksin akhirnya membuat pusingan U apabila membatalkan niat untuk mendapatkan bekalan vaksin sendiri.

Sebaliknya, Ketua Menterinya Chow Kon Yeow berkata bekalan vaksin tidak lagi menjadi isu selepas Kerajaan Pusat memperuntukkan tambahan 500,000 dos vaksin kepada Pulau Pinang.

“Oleh itu, usaha seterusnya kerajaan negeri adalah untuk memastikan kita memiliki tenaga kerja mencukupi dan menambahkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) agar dapat mencapai sasaran tersebut. Kita perlu mengatasi dua isu itu, serta menguruskan sumber dengan baik.

“Senario terbaik adalah untuk menyelesaikan (vaksinasi) menjelang Ogos atau September tahun ini, atau setidak-tidaknya menjelang Oktober,” katanya lapor Bernama hari ini.

Beliau terdahulu melawat pusat suntikan vaksin AstraZeneca di PPV, Spice Arena.

Jelasnya, kerajaan negeri menyasarkan untuk meningkatkan kadar vaksinasi harian antara 25,000 hingga 30,000, menjelang Julai depan.

Menurutnya, terdapat enam Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (​PPVHS) di negeri itu yang menyasarkan memberi antara 50 hingga 200 dos suntikan vaksin setiap hari selain 13 Pusat Pemberian Vaksin General Practioner (PPVGP) yang bertujuan untuk memberi suntikan vaksin sehingga 90 dos, setiap minggu.

Mengulas mengenai operasi PPV Spice Arena yang bermula hari ini hingga 27 Julai, Chow berkata sejumlah 112,350 penduduk Pulau Mutiara itu telah mendaftar secara sukarela untuk vaksin COVID-19 AstraZeneca dengan 31,928 terdiri daripada mereka yang melebih umur 60 tahun sementara selebihnya 80,422 berumur antara 18 hingga 59 tahun.

PPV Spice Arena, yang akan beroperasi mulai 8 pagi hingga 9 malam setiap Isnin hingga Jumaat dan 8 pagi hingga 5 petang, Sabtu dan Ahad.

PPV ini akan memberi sebanyak 1,000 dos suntikan vaksin sehari untuk tiga hari pertama, dan akan meningkatkan kapasiti kepada 3,000 sehari semasa hari bekerja dan 2,000 dos sehari pada hujung minggu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok