Kenapa kerajaan BN, UMNO bayar RM6 bilion walaupun kapal tak diserah?

August 9, 2022 · Isu semasa

Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibina syarikat tempatan dijangka siap dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Isnin (8 Ogos), ketika beliau menjawab desakan yang semakin meningkat mengenai projek yang dicemari skandal itu.

“Saya kata sekurang-kurangnya dalam tempoh satu atau dua tahun, saya harap kita akan dapat menyiapkan kapal pertama,” katanya di Parlimen menjawab soalan tambahan seorang senator.

Tetapi, tiada satu pun daripada enam kapal yang ditempah TLDM telah dihantar oleh kontraktor tempatan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang telah dianugerahkan projek itu pada 2013 tanpa tender terbuka.

Kerajaan telah membayar RM6 bilion dalam projek bernilai RM9 bilion untuk membina enam kapal tempur pesisir pantai (LCS), kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu lepas.

Untuk rekod, perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 berikutan permintaan yang dibuat oleh TLDM. Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan, diberikan ketika Barisdan Nasional (BN) dan UMNO mentadbir negara.

Lima daripada kapal itu sepatutnya diserahkan bulan ini, kata PSC pada Khamis, 4 Ogos lalu. LCS adalah kapal yang lebih kecil yang umumnya direka untuk operasi berhampiran pantai.

Boustead Naval Shipyard ialah anak syarikat Boustead Holdings, yang pemegang saham terbesarnya ialah dana angkatan tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Sementara itu, badan pemantau antirasuah Transparency International Malaysia (TI-M) mengkritik cara projek itu dikendalikan.

TI-M membandingkan skandal LCS dengan skandal 1Malaysia Development Malaysia Bhd (1MDB), di mana AS$4.5 bilion didakwa disedut keluar, dan berkata Malaysia semakin terkenal dengan tadbir urus buruknya yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam.

“Dengan banyak struktur tadbir urus dan audit dalam sektor awam yang bertanggungjawab untuk mencegah rasuah dan menambah baik amalan tadbir urus yang baik, bagaimana projek LCS yang bermula pada 2013 boleh dibiarkan menjadi pemerolehan yang besar dan kegagalan tadbir urus untuk sekian lama?”

“Bagaimana mungkin mereka secara kolektif terlepas semua ‘bendera merah’?,” kata Presiden TI-M Muhammad Mohan dalam satu kenyataan, seperti yang dipetik daripada berita Malay Mail.

LCS pertama sepatutnya diserahkan pada 2019, tetapi hanya 44 peratus sahaja kapal itu yang siap, menurut laporan PAC.

PAC juga berkata pandangan Tentera Laut mengenai spesifikasi untuk enam kapal itu diabaikan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead, dan reka bentuk lain telah dipilih.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa siasatan dalaman menunjukkan sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan daripada projek itu kerana penipuan, pertindihan kontrak, dan pelbagai penyelewengan lain, lapor Malaysiakini pada Ahad.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh minggu lalu berkata bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil oleh jawatankuasa itu awal bulan depan, untuk memberi keterangan mengenai peranannya dalam projek itu.

Bekas Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek Boustead Naval Shipard juga akan dipanggil untuk prosiding itu, kata Wong.

PAC dalam laporannya berkata daripada jumlah yang dibayar oleh kerajaan, RM400 juta digunakan oleh BNS untuk membayar balik hutang terdahulu yang ditanggung di bawah projek Kapal Peronda Generasi Baharu, RM305 juta digunakan untuk kemudahannya di Cyberjaya, dan RM700 juta lagi adalah lebihan kos untuk kontrak LCS.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Program PLKN dihidupkan semula, kata Menteri Pertahanan
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok