Kekalkan sop ketika bawa anak beriadah, elak dijangkiti Covid-19

October 9, 2021 · Isu semasa

Kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak-anak keluar beriadah Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini.

Inilah peluang membawa anak-anak berehat dan mencari angin baharu selepas lama terperap dalam rumah sejak beberapa bulan lalu.

Pun begitu, orang ramai dinasihatkan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika membawa anak  ke luar rumah.

Menurut pakar kanak-kanak, Dr Husna Musa, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin.

Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain dan semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran Covid-19.

“Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar dan berinteraksi.

“Jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat.

“Bagaimana kita dapat menurunkan risiko kita terutamanya bahawa anak-anak masih belum diberi vaksin,” jelasnya.

Justeru beliau menasihatkan ibu bapa memakaikan topeng yang lebih baik (kanak-kanak berumur di atas dua tahun, topeng berganda / KN94 / 5 / N95 untuk orang dewasa). Kemudian, jauhkan jarak anda, basuh tangan dengan kerap dan dapatkan vaksin anda dan berada di sekitar vaksin sepenuhnya (terutamanya di dalam rumah)

“Saya ingin mencadangkan laman web ini microcovid.org untuk anda dapat menilai risiko untuk aktiviti tertentu secara objektif dengan juga memasukkan parameter seperti topeng yang digunakan, status vaksinasi, orang yang termasuk dan banyak lagi.

“Kita perlu dapat membuat keputusan yang tepat dan selamat untuk keluarga kita. Varian Delta masih belum merebak di sini jadi yang terbaik adalah jaga diri ya,” katanya.

Kongsi Dr Husna lagi, melakukan aktiviti di luar sememangnya lebih kurang risiko penularan Covid-19 kerana banyak ruang untuk jarak sosial serta pengudaraan yang lebih baik tetapi ingat, tak semestinya tiada risiko langsung.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok