Kehamilan remaja, cabaran semasa tempoh PKP pandemik Covid-19

June 19, 2021 · Isu semasa

“ Mak, saya mengandung.”

“Mak, saya dah buat anak orang mengandung.”

Ini antara persoalan-persoalan yang sering dikaitkan dengan kehamilan tidak terancang atau hamil luar nikah dalam kalangan remaja.

Statistik penyelidikan menunjukkan purata 18,000 orang gadis belasan tahun di Malaysia mengandung setiap tahun. Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes melibatkan kehamilan luar nikah.

Remaja hamil luar nikah di Malaysia menghadapi stigma dan diskriminasi yang agak teruk. Masyarakat tidak menerima remaja yang hamil luar nikah.

Malah, ahli keluarga juga sering menyisihkan remaja hamil ini menyebabkan mereka hilang sokongan dan perlindungan yang diperlukan.

Tidak menghairankan, remaja yang terjerumus ke dalam gejala ini lebih cenderung untuk mengambil tindakan nekad yang berisiko termasuklah menggugurkan kandungan menyembunyikan proses kehamilan, menyerahkan anak kepada orang lain, atau membuang anak yang dilahirkan.

Menurut  aktivis sosial, Azmiza Mamat, keluarga memainkan peranan penting dalam membantu wanita yang terlibat dalam gejala rogol bawah umur dan kemudian mengandung.

“Pengalaman saya mengendalikan kes di Kelantan, kes  yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak meningkat pada 2020 berbanding 2019.  Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP)  kes semakin meningkat apabila anak-anak tinggal di rumah dan ramai dalam satu rumah dan mereka berisiko berhadapan dengan jenayah seksual.

“Inilah cabaran kepada keluarga tersebut terutama emak yang berhadapan dengan anak perempuan yang mengadu  pada dia. Ini melibatkan keadaan emosi seorang wanita dan aib mereka. Sekiranya remaja perempuan cuba memberitahu dia hamil, seorang emak yang mendengar luahan anak itu memerlukan kekuatan. Di sinilah peranan mereka supaya menyokong atau mendampingi anak mereka.

“Kebanyakan kes di luar bandar, dipandang serong lebih-lebih lagi kalau keluarga mangsa membuat laporan polis. Ini mencetuskan kebimbangan, hidup dalam keadaan aib dan pelbagai cemuhan dan tanggapan masyarakat. Lebih-lebih mereka terbayang situasi mahkamah seperti dalam drama dan anak-anak berada dalam emosi yang tidak stabil. Justeru, masyarakat perlu tahu adanya akta kanak-kanak dan ini melindung kanak-kanak terutama yang melibatkan kes mahkamah. Ini dapat membantu merungkaikan cabaran keluarga terutama mereka yang ingin membuat laporan polis melibatkan jenayah seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Coffee Talk with FAME bertajuk ‘Mak, saya mengandung’ anjuran Pertubuhan Pemerkasaan Keluarga (FAME)  baru-baru ini.  Selain Azmiza, seorang lagi aktivitis sosial, Syed Azmi Alhabshi turut memberi pandangan berkaitan isu tersebut.

Dalam pada itu, Syed Azmi, memberitahu ramai ibu bapa juga datang mengadu kes anak mereka hamil bawah umur. Mereka akan meminta nasihat  sama ada perlu kahwin, membuat laporan dan bertanyakan masa depan anak mereka.

“Saya akan bertanya kepada ibu bapa sama ada mereka sudah berbual dengan anak atau belum. Sekiranya kes hamil melibatkan remaja bawah 16 tahun, buatlah laporan polis kerana ia dikategorikan rogol. Sebagai penasihat mahkamah, kami akan berjumpa lelaki atau pelaku dan kami mendapati kebanyakan kes qsuka sama suka.

“Sekiranya mangsa mahu  si pelaku masuk penjara tiada masalah untuk mangsa bawah 16 tahun membuat laporan polis. Tetapi saya nasihatkan kepada wanita bawah umur ini sekiranya lelaki berjanji untuk berubah dan mahu menjaga wanita tersebut supaya jangan percaya kerana pada pengalaman saya, perakara itu tidak berlaku,” katanya.

Sementara itu, Azmiza tidak tidak bersetuju sekiranya jalan yang diambil ialah berkahwin untuk menutup aib terutamanya kes yang melibatkan bawah umur lebih-lebih lagi kes rogol.

“Saya pernah berhadapan dengan kes rogol dan keluarga pelaku ingin menawarkan tutup kes dan berkahwin. Saya tanyakan mangsa, mahu tak berkahwin? Mangsa yang tidak tahu dia mengandung, diam dan terus menangis. Justeru, kita tidak boleh memaksa,” jelasnya.

Apabila lelaki memberitahu, mak saya mengandungkan anak orang, Syed Azmi menasihatkan pihak keluarga lelaki tersebut segera tanyakan umur perempuan berkenaan. Kalau anak boleh maklumkan siap dengan tarikh hari jadi, maksudnya mereka rapat.

“Kedua tanya tentang masalah mereka sama ada ibu bapa perempuan tahu atau tidak. Keluarga perlu memantau anak lelaki mereka dan bantu mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Polis tahan wanita hina Agong berhubung isu gelaran Tan Sri Kit Siang
June 18, 2023· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok