Keganasan rumah tangga: Ambil tahu hak, kesihatan mental anda

August 1, 2021 · Isu semasa

‘Suami dari neraka’. Itulah perumpamaan apabila melibatkan isu keganasan rumah tangga. Tahukah anda, Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO) menganggarkan, lebih kurang 35 peratus wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan rumah tangga, sama ada didera secara fizikal mahupun emosi?

Organisasi wanita di Malaysia telah mengambil masa hampir satu dekad untuk memperjuangkan isu ini sebelum Akta Keganasan Rumah Tangga diluluskan pada tahun 1994.

Dengan adanya Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga kini merupakan satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Sebanyak 2,287 kes keganasan rumah tangga dilaporkan pada 2020, kebanyakannya berlaku ketika pelbagai perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sejumlah 4,349 kes penderaan kanak-kanak, termasuk penderaan fizikal, seksual dan emosi, selain 1,263 kes penderaan seksual terhadap wanita turut dilaporkan.

Statistik itu hanya melibatkan laporan secara langsung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Talian Kasih (15999) dan tidak mengambil kira laporan polis.

Menurut Pegawai Psikologi Kanan S44, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia Negeri Kedah, Maznah Hassan, keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan secara fizikal, seksual, psikologi serta sosial.

“Tingkah laku begini bertujuan untuk meraih kuasa dan mengekalkan kawalan terhadap pasangannya.

Ini berpunca daripada rasa cemburu, rendah diri apabila pasangan lebih berpendidikan tinggi atau berpangkat serta kesukaran untuk mengawal emosi.

“Ia biasannya berulang dan berterusan sehingga menjadi sesuatu yang lazim dalam rumah tangga tersebut. Kebanyakan pendera terdiri daripada golongan lelaki  dan mangsa ialah wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Tambah Maznah, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ganas membawa maksud penggunaan kuasa sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan undang-undang. Keganasan juga menakutkan  atau paksaan. Ini bermakna si pendera sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan. Situasi ini juga bermaksud khianat atau merosakkan harta dengan niat menimbulkan kesedihan atau kegusaran.

“Perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan berlaku dalam bentuk fizikal, gangguan seksual, keganasan pertuturan seperti maki, hamun atau cacian. Berlaku juga ugutan yang  gangguan emosi,  psikologi dan kewangan. Keadaan ini menjadi faktor utama peningkatan kes sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lebih parah, kes keganasan rumah tangga biasanya berulang-ulang walaupun selepas penceraian. Ini kerana pelaku ingin berkuasa atau mengawal mangsa,” jelasnya.

Selain itu, Maznah memberitahu punca keganasan rumah tangga ialah pelaku terlalu cemburu, masalah mental, komunikasi, penagihan dadah, alkohol atau judi, sikap mangsa atau pelaku, masalah kewangan, kuasa dan kurang didikan agama.

Tambah beliau, mereka yang mengalami penderaan dari segi   fizikal, psikologi dan emosi, seksual, sosial, kewangan perlu bertindak segera.

“Mangsa perlu laporkan kepada pihak polis, pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan di Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC), laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO). Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah,” jelasnya.

Dari segi kesihatan mental, Pakar Perunding, Psikiatri Konsultasi Liaison, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Dr. Ahmad Rostam Md Zin, selain mangsa, si pelaku juga perlu menguruskan emosi mereka. Mangsa juga perlu keluar daripada masalah tersebut dengan mengambil tindakan dan bukan hanya mendiamkan diri.

Untuk pemulihan emosi, golongan ini perlu melalui beberapa proses seperti bertenang dengan pernafasan yang betul, memaafkan, sabar, berterima kasih dan bersyukur.

“Berada dalam keganasan rumah tangga yang teruk boleh menjejaskan anda. Wanita yang menderita akibat penderaan rumah tangga biasanya menjadi tertekan. Penampilan mereka juga rosak. Mereka kehilangan harga diri dan bergantung kepada penderanya. Luka fizikal akan sembuh dari semasa ke semasa tetapi kerosakan psikologi adalah kekal.

“Oleh itu, anda mesti bertindak secepat mungkin. Berhenti merahsiakannya. Beritahu seseorang yang anda percaya mengenai keadaan anda, sama ada rakan, ahli keluarga atau doktor anda. Bercakap adalah satu-satunya cara untuk anda mendapatkan bantuan,” jelasnya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok