KDN, LPF kaji semula kuasa stesen TV lulus tayangan filem, drama

March 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang mengkaji semula penurunan kuasa kepada stesen televisyen untuk proses kelulusan penyiaran sesuatu filem atau drama.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran.

“Semua stesen TV yang membuat proses penapisan siaran, perlu mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menyebarkan klip video tanpa kebenaran yang boleh mencalar imej dan semua stesen penyiar perlu bertanggungjawab dalam memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” katanya

Beliau berkata demikian menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Memetik laporan Bernama Zahidi berkata penerbit filem dan drama seharusnya memastikan kandungan bahan disiarkan mematuhi garis panduan penapisan filem yang ditetapkan dalam memastikan bahan penyiaran tidak menyimpang daripada ajaran Islam, adat dan budaya Malaysia.

Beliau berkata, garis panduan berkenaan perlu mengikut ketetapan LPF, KDN dan Garis Panduan Penapisan Kandungan Berunsur Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Garis Panduan Siaran Televisyen RTM.

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut memastikan penggiat industri perfileman tempatan yang menerima Dana Kandungan Digital mematuhi terma kontrak yang ditandatangani iaitu kewajipan mendapatkan kelulusan tayangan daripada LPF, KDN ataupun stesen penyiar.

“Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan syarat semua pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-I) dikehendaki mematuhi peruntukan syarat lesen CASP-I,” katanya.

Sementara itu, Zahidi berkata, 45 aduan awam diterima sejak 2020 hingga Februari lalu membabitkan perbuatan memalukan fizikal atau kekurangan seseorang iaitu 20 aduan berkaitan penularan kandungan penghinaan keadaan orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, antara kes berkenaan turut membabitkan kandungan oleh akaun Facebook ‘Wan Noor Baizura’ (Kaklong Dungun) yang kini sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM.

“Atas dasar kawal selia bersama, antara tindakan lain termasuk pemberian nasihat atau panduan kepada pihak yang terkesan dan mengangkat kandungan yang diadukan kepada penyedia platform media sosial terbabit untuk penelitian lanjut berasaskan terma perkhidmatan dan piawaian komuniti mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok