Kawal keganasan rumah tangga pasca banjir

January 19, 2022 · Isu semasa

Kajian yang dijalankan berkaitan kesan bencana kepada kesihatan mental mendapati bahawa seseorang mangsa yang mengalami bencana akan merasai kesan bencana itu dalam tempoh sehingga sembilan bulan selepas bencana dan jika tidak diurus dengan betul mampu membawa kepada masalah kesihatan mental.

Masalah ini dilihat mendorong peningkatan kes keganasan membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Sumitra Visvanathan berdasarkan kajian lazimnya kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak akan meningkat selepas bencana alam berlaku.

Katanya, langkah pertama, kerajaan perlu memastikan mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan bantuan termasuk perkhidmatan pengangkutan dan keselamatan dengan laluan yang tidak terganggu.

“Banjir besar menyebabkan mangsa atau pemandiri sukar bergerak mendapat bantuan disebabkan kenderaan rosak akibat banjir atau tiada wang cukup untuk mendapatkan pengangkutan awam.

“Justeru, penyedia perkhidmatan seperti Talian Kasih dan polis perlu memberikan perhatian kepada pelaporan dan mampu memberikan nasihat secara ‘remote’ bagi menyelamatkan mereka,” katanya.

Katanya, sepanjang pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), siasatan penderaan tergendala atau ditangguhkan berikutan kekurangan kakitangan mengendalikan kes.

“Peruntukan khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengambil lebih ramai pekerja sosial bagi membantu krisis banjir dan menambah kakitangan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)

“Ini perlu untuk memberikan perkhidmatan cekap termasuk menerima panggilan pengadu di Talian Kasih mengenai kes penderaan.

“Kekalkan peruntukan RM13 juta kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Bajet 2022,” katanya.

Menurut WAO, kerajaan perlu memastikan tempat perlindungan wanita dan penyedia perkhidmatan lain tidak berdepan halangan untuk beroperasi selain mendapat bantuan kos operasi dari kerajaan.

Krisis banjir menyebabkan tempat perlindungan perlu menampung lebih ramai mangsa dan pada masa sama perlu memastikan operasinya memenuhi piawaian dan prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan mangsa terjaga.

“Bajet 2022 memperuntukkan RM10 juta bagi mewujudkan tempat perlindungan khas bagi mangsa keganasan rumah tangga di Pusat Sokongan Sosial Sehenti (PSSS), wajar dalam usaha menyokong kos operasi tempat perlindungan,” katanya.

WAO juga mencadangkan supaya sistem penyelarasan antara pasukan pengurusan bencana, penguatkuasaan undang-undang serta Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga (JKRT) dan pihak berkuasa kesihatan ditubuhkan.

Ia bertujuan mencegah keganasan terhadap mangsa sambil dapat merawat kesihatan mereka kesan krisis bencana alam.

“Pakej bantuan ekonomi juga harus sensitif gender terutama mangsa yang terbabit dalam bencana banjir. Komunikasi dan pesanan khidmat masyarakat dibuat secara berterusan.

“Kaedah penyampaian pesanan khidmat masyarakat mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu dipelbagaikan termasuk melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan sidang media.

“WAO akan terus menyediakan khidmat sokongan terutama kepada mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tempoh itu,” katanya.

 

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok