Kartel projek RM3.8 bilion tumpas, SPRM tangkap tujuh individu

April 5, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan sindiket kartel tender projek kerajaan selepas menahan tujuh indvidu, termasuk ketuanya dalam operasi yang dijalankan tengah malam tadi, lapor Bernama.

Agensi berita itu memetik sumber memberitahu, kartel itu dilaporkan memonopoli sejumlah 354 tender beberapa kementerian serta agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 billion sejak 2014 hingga kini.

Sumber memaklumkan sindiket itu juga dipercayai bertindak menggunakan lebih 150 syarikat bagi memasuki tender atau sebut harga di kementerian serta agensi terbabit.

“Ketua sindiket mewujudkan 150 syarikat berbeza dengan menggajikan beberapa individu sebagai pengarah syarikat yang mana sebenarnya dimilikinya sendiri. Sindiket itu menyasarkan kepada projek penyelenggaran fasiliti dan projek pembangunan.

”Hasil risikan turut mendapati sindiket menggunakan nama beratus individu untuk membuka syarikat-syarikat di bawah naungannya. Setiap individu akan dibayar gaji bulanan dan komisen sebagai imbuhan bagi penggunaan nama dan butir-butir peribadi,” katanya.

Sumber berkata, dipercayai butir-butir kelayakan akademik dan kelayakan profesional bagi kebanyakan penama digunakan untuk menubuhkan syarikat adalah palsu.

Setiap syarikat juga dikatakan menggunakan penyata kewangan palsu untuk melayakkan mereka memasuki tender atau sebu tharga berkenaan.

Menurut sumber siasatan awal mendapati sindiket itu mendapat kerjasama ‘orang dalam’ bagi memastikan syarikat-syarikat di bawah kawalannya dibenar memasuki tender atau sebut harga selain memastikan salah satu daripadanya berjaya.

“Modus operandi kartel ialah dengan merasuah orang dalam bagi mendapatkan maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender atau sebut harga,” katanya.

Sumber memaklumkan syarikat terbabit kemudian akan memasuki tender mengikut harga yang berbeza-beza berdasarkan harga siling ditetapkan selain menggunakan taktik ‘mengepung harga’ apabila menyertai sesuatu tender.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM dan kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok