Jurulatih renang antara ditahan bersama syabu RM10.3 juta

April 25, 2022 · Isu semasa

Seorang jurulatih renang adalah antara empat individu yang ditahan bersama 287 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM10.3 juta dalam serbuan di Selangor dan Johor pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Tangkapan dan rampasan adalah hasil siasatan dan risikan bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Selangor serta JSJN Johor dan semua dadah ditemui disimpan dalam dua kondominium di sekitar Selangor.

Semua suspek lelaki berusia 25 hingga 29 tahun itu ditahan menerusi empat serbuan berasingan bermula jam 1.40 petang Jumaat hingga 12.30 pagi Sabtu lalu, dengan dua ditahan di Puchong, Selangor, manakala dua lagi di Johor Bahru, Johor.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sindiket ini dipercayai menyeludup masuk dadah dari negara jiran melalui jalan laut di utara tanah air sebelum transit di Lembah Klang.

“Dadah berkenaan kemudian akan dibawa ke Johor dan ia kemudian akan diseludup keluar dengan menggunakan kapal laut ke negara jiran terutama ke Indonesia menggunakan kapal laut.

“Sindiket dikesan aktif sejak Januari lalu dan bekalan dadah turut diedarkan untuk pasaran tempatan di Selangor dan Johor,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Dalam pada itu, katanya polis turut menyita pelbagai aset sindiket antaranya tiga kenderaan bernilai RM168,000 dan wang tunai RM5,000 dengan nilai keseluruhan dan sitaan harta berjumlah RM10.5 juta.

Siasatan mendapati dalang utama sindiket ini adalah seorang jurulatih renang berusia 25 tahun yang ditahan bersama suspek kedua, seorang penganggur berusia 29 tahun dalam serbuan di Puchong.

“Semakan mendapati dalang utama tiada rekod jenayah, namun tiga lagi suspek mempunyai rekod lampau dalam kes dadah dan jenayah.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek didapati negatif dan mereka kini direman lima hingga tujuh hari bermula Sabtu lalu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan keseluruhan 287 kg dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh 1.43 juta orang penagih.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok