Jumlah mangsa banjir kilat di 3 negeri turun

October 24, 2021 · Isu semasa

Keadaan banjir di Selangor, Melaka dan Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Di Selangor, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara memaklumkan sehingga jam 8.28 pagi tadi, jumlah PPS beroperasi di Sepang semakin berkurang daripada enam PPS yang dibuka semalam kepada tiga dan kini hanya menempatkan 55 mangsa daripada 15 keluarga, lapor Bernama.

Tiga PPS yang masih dibuka itu adalah di Sekolah Rendah Agama Kampung Giching (34 mangsa), Sekolah Rendah Agama Kampung Labu Lanjut (20 mangsa) dan Balai MPKK Kampung Giching yang kekal menempatkan seorang mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Melaka pula terus menurun pada jam 8 pagi tadi membabitkan 99 mangsa daripada 29 keluarga berbanding 305 mangsa daripada 83 keluarga pada jam 4 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol Cuthbert John Martin Quadra, berkata 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin.

“Di Alor Gajah, 34 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS SK Durian Tunggal, 19 mangsa daripada empat keluarga di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah dan lapan mangsa daripada tiga keluarga di PPS SK Telok Berembang,” katanya.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 19 orang membabitkan enam keluarga dari dua kampung yang ditempatkan di dua PPS sejak kediaman dan tempat tinggal mereka dinaiki air pada Rabu lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, jumlah itu membabitkan sembilan lelaki dan 10 perempuan dari Kampung Sungai Temelok, Trong, Taiping dan Kampung Sungai Rentaka, Matang, masing-masing ditempatkan di PPS SK Temelok dan PPS SK Matang.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok