Judi raya: Polis tahan dua lelaki ‘pembayar upah’

April 21, 2021 · Isu semasa

Dua lelaki yang berperanan sebagai ‘pembayar upah’ kepada pelakon klip video raya mempromosi judi dalam talian, ditangkap dalam operasi di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-duanya berumur 31 dan 34 tahun itu ditahan di Puchong dan Cheras dalam operasi bermula 12 tengah malam dan 3.30 pagi tadi.

Kedua-dua lelaki itu, katanya, bertindak sebagai pembayar upah kepada pelakon video yang mempromosikan judi atas talian sempena sambutan hari raya.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap mereka akan dibuat hari ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti produksi terbabit susulan kedua-dua video berkenaan dihasilkan oleh dua produksi berbeza,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, semalam telah menahan tiga individu termasuk dua wanita yang berperanan sebagai pelakon dan direman tiga hari hingga esok untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiga individu yang ditahan berperanan sebagai pelakon dan menerima bayaran RM200.

Sehingga kini katanya, polis sudah menahan 25 individu termasuk penerbit, pelakon dan kru produksi bagi membantu siasatan pembikinan empat video mempromosikan judi dalam talian yang tular menerusi laman sosial sejak minggu lepas.

Mohamad Zainal berkata, daripada jumlah itu, 12 individu masih direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023· Politik
Tak akan minta maaf, kata Sanusi berhubung saman taikun
August 9, 2023· Politik
Taikun Berjaya saman Menteri Besar Kedah
August 8, 2023· Politik
Lesen judi : STM Lottery mahu jumpa YDP Majlis Perbandaran Kangar
June 16, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok