Lesen judi : STM Lottery mahu jumpa YDP Majlis Perbandaran Kangar

June 16, 2023 · Isu semasa

Syarikat nombor ramalan di Kangar, Perlis dilaporkan mahu mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs), Norazlan Yahaya susulan penamatan operasi bermula tahun depan.

Timbalan Pengurus Besar STM Lottery Sdn Bhd, Giam Say Khoon berkata surat berkenaan pertemuan itu sudah dikemukakan kepada pejabat MPKPs semalam.

“Kami masih menunggu jawapan majlis dan membuat persediaan apa yang patut,” katanya, lapor Malaysiakini.

STM Lottery sebelum ini dikenali sebagai Sports Toto Malaysia.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Fakhrul Anwar Ismail berkata tiada lagi pembaharuan lesen operasi premis perjudian di Perlis selepas Mac tahun depan.

Ini selaras hasrat kerajaan negeri itu mahu menjadikan ‘Perlis Bebas Premis Judi’.

Katanya, walaupun kerajaan negeri tidak berhasrat meneruskan penyambungan lesen operasi premis perjudian di negeri itu tetapi pemansuhan dan penamatan lesen tidak dilakukan secara drastik sebaliknya mengikut tarikh luput atau penamatan lesen operasi pada premis terbabit.

Berita berkaitan
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023· Politik
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok