Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah

September 29, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,813 orang daripada 530 keluarga malam ini, berbanding 1,220 orang daripada 372 keluarga pagi tadi.

Kedah dan Perlis ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) dan usaha kerajaan campuran untuk merampas semasa pilihan raya sebelum ini gagal selepas ditolak oleh rakyat negeri tersebut, malah pemimpin utama kerajaan pusat masih belum melawat kedua-dua negeri yang dilanda bencana tersebut.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, kesemua mereka daripada daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling, dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS), lapor Bernama.

Beliau berkata di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena, masing-masing terdapat tiga PPS yang dibuka, manakala di Baling, empat PPS.

“PPS di Kubang Pasu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu, manakala PPS di Kota Setar pula (SK Taman Aman, SMK Kepala Batas dan SK Seri Gunung);

“Selain itu, PPS di Pokok Sena pula di SK Bukit Hijau, Maahad Tarbiyah Derang dan SK Permatang Limau, manakala PPS di Baling melibatkan SK Iboi dan SMK Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu di Perlis, jumlah mangsa banjir turut meningkat kepada 48 orang berbanding 42 orang pagi tadi dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangasaan Kubang Gajah, Arau.

Pengarah APM Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata tambahan enam orang itu melibatkan sebuah keluarga dari Kampung Alor Ara.

“Sehingga kini terdapat seramai 48 orang mangsa daripada 17 buah keluarga yang terdiri daripada 31 orang dewasa, 15 kanak-kanak dan dua orang bayi di PPS ini.

“Jika malam ini tidak hujan dan air pasang malam tidak memberi kesan kepada paras air..insya-Allah mangsa mungkin akan dibenarkan pulang esok,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
21 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok