Hubungi 997 jika kena scam

October 14, 2022 · Isu semasa

Orang ramai kini boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997 untuk melaporkan penipuan kewangan dalam talian.

NSRC ialah usahasama antara Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

NSRC memfokuskan kepada penipuan kewangan dalam talian, termasuk penipuan pancingan data, Macau Scam, penipuan serangan perisian hasad, penipuan penghantaran pakej atau bungkusan dan penipuan cinta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata NSRC mengumpul sumber dan kepakaran institusi ini untuk memerangi penipuan kewangan siber dengan lebih cepat dan berkesan.

“Bagi NSRC mengambil tindakan berkesan khususnya menyekat aliran dan pelupusan wang mangsa, mereka boleh segera menghubungi talian hotline penipuan siber 24 jam bank masing-masing di 997 yang akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Tindakan segera menghubungi bank atau NSRC amat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa daripada sistem perbankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (14 Oktober 2022).

Ketika pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan penubuhan NSRC untuk menangani penipuan dalam talian yang telah menjadi masalah global dan isu yang semakin serius di Malaysia.

Wan Junaidi berkata bagi memudahkan tindakan penguatkuasaan, mangsa dikehendaki memberikan butiran mengenai kejadian ketika mereka menghubungi bank atau NRSC.

“Ini termasuk butiran komunikasi antara mangsa dan suspek serta butiran transaksi seperti nombor akaun, melibatkan bank dan jumlah yang terlibat.”

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan daripada pihak yang mendakwa dirinya pihak berkuasa atau pihak yang menawarkan perkhidmatan yang meragukan.

“NSRC, atau agensi di bawah NSRC atau bank tidak akan menghubungi anda untuk meminta butiran perbankan persendirian seperti PIN, TAC dan OTP.

“Sentiasa membuat semakan yang diperlukan untuk mengesahkan fakta apabila dihubungi pihak tersebut. Hubungi NFCC di talian 03-88613830, polis di 03-26101222 dan BNM di 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut mengenai NSRC,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang NSRC untuk pertanyaan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
2 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok