Taikun Berjaya saman Menteri Besar Kedah

August 8, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disaman ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang meminta ganti rugi sebanyak RM200 juta.

Sanusi disaman pengasas Kumpulan Berjaya ekoran kenyataan yang mengaitkan namanya dalam projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Kumpulan Berjaya dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan telah dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu, menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat.

Syarikat itu juga menuntut Sanusi agar memohon maaf secara terbuka, memberi jaminan tidak mengulangi tuduhan itu dan membayar pampasan sebanyak RM200 juta.

“Sekiranya Sanusi gagal mematuhi tuntutan itu menjelang 8 Ogos ini, satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

“Pada masa sama, Vincent dan Berjaya Land turut membuat laporan polis terhadap Sanusi dan beberapa individu seperti seperti blogger Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard), dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap Projek SMG,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Sementara itu, Vincent Tan berkata, kenyataan-kenyataan fitnah itu telah mencermarkan integriti, reputasi dan imej beliau serta Berjaya Land.

“Tuduhan-tuduhan yang di lemparkan ini telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan yang berbaur palsu dan mencemarkan imej kami tidak akan dipandang endah dan kami ingin pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya.

Untuk rekod, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) kini berdepan dengan beberapa kes di mahkamah dan juga tuntutan saman yang disifatkan bermotif politik.

Pada 17 Julai lalu, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Beliau didakwa didapati melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Selain itu, Sanusi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkaitan ucapan fitnah pada Majlis Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra di Kedah.

Sanusi mendakwa Amirudin turut terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Ekoran itu, Berjaya Land turut membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Sanusi yang didakwa dibuat secara ‘melulu dan berniat jahat’ berkait syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed berkata, pihak syarikat secara kategorikal dan tegas menafikan semua tuduhan tidak berasas ketika Sanusi berucap dalam ceramah, pada 2 Ogos di Kedah.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Isham koyak, Annuar tak sebut individu dia pula terasa pedas
April 25, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok