Jangkitan kes Covid-19 baharu 3,733, angka kematian tertinggi

May 9, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 hari ini adalah sebanyak 3,733 kes baharu, sedikit penurunan selepas dua hari berturut-turut negara mencatatkan kes harian lebih 4,000 yang dilihat sebagai agak membimbangkan.

Dalam hantaran di akaun Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, Selangor masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,278 kes diikuti Sarawak (454), Johor (365) dan Kuala Lumpur (338).

Pulau Pinang pula mencatat 280 kes, Kelantan (254), Negeri Sembilan (205), Kedah (176), Pahang (100), Perak (80), Sabah (61), Melaka (66), Putrajaya (20), Labuan (enam), dan Perlis hanya satu kes.

Beliau berkata pecahan kes baharu merangkumi 3,727 kes penularan tempatan dan hanya enam kes import, sementara jumlah kes aktif kini sebanyak 37,060.

Kes kematian sebanyak 25 orang juga dicatatkan hari ini, ia merupakan kes kematian harian tertinggi direkodkan sejak penularan Covid-19 di negara ini.

“Kes kematian melibatkan 25 warganegara dan seorang warga asing berumur antara 49 hingga 85 tahun dengan majoritinya mempunyai latar belakang penyakit kronik,” katanya lagi.

Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini.

“Kelantan mencatatkan 254 kes, Kedah 176 kes, Pahang 100 kes manakala negeri-negeri lain merekodkan kes dua angka seperti Perak (80 kes), Melaka (66 kes), Sabah 61 kes, Terengganu (49 kes) serta Putrajaya 20 kes.

“Hanya Labuan dan Perlis merekodkan kes satu angka iaitu masing-masing enam dan satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok