Jangkitan Covid-19 di Parlimen, seorang pegawai kementerian meninggal dunia

August 10, 2021 · Isu semasa

Akibat dijangkiti varian Delta Covid-19 semasa bertugas di Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen, seorang pegawai di kementerian meninggal dunia baru-baru ini.

Pegawai tersebut menghadiri sidang khas yang bermula 26 Julai lepas dan kali terakhir berada di Parlimen pada 29 Julai mulai menunjukkan simptom pada 30 Julai, lapor portal MalaysiaNow.

Agenda Daily mendapatkan pengesahan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung laporan tersebut dan disahkan mangsa seorang pegawai khas kepada seorang Timbalan Menteri di kementerian yang tidak dapat didedahkan.

“Hari terakhir arwah di Parlimen pada 29 Julai. Pada 30 Julai (arwah) mula ada selesema,” kata sumber di kementerian.

Sidang khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung selama lima hari terpaksa ditangguhkan pada 29 Julai lalu, ia selepas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengarahkan premis Parlimen dikuarantin dan ahli-ahli dan kakitangan Parlimen disaring Covid-19 selepas beberapa kes positif disahkan daripada ujian saringan sebelumnya.

Noor Hisham kemudian menjelakan keputusan ujian tersebut dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang menerima empat sampel daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.

6 Ogos lalu, Noor Hisham berkata 85 kes positif Covid-19 berkaitan dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 17 kes dikesan berkaitan persidangan Dewan Rakyat manakala 56 kes daripadanya dikenal pasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

Kerajaan bersetuju mengadakan semula sidang Dewan Rakyat susulan gesaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Bagaimanapun sidang khas yang diadakan bagi membahaskan langkah-langkah kerajaan berdepan pandemik Covid-19 bertukar menjadi tempat mendesak kerajaan ditukar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional yang memihak kepadanya berkomplot bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang khas tersebut untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan itu, Muhyiddin berjanji untuk membenarkan pembentangan usul undi percaya ketika persidangan Dewan Rakyat diadakan semula pada September depan.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok