Kes baharu positif Covid-19 hari ini menunjukkan angka penurunan berbanding semalam, dengan jumlah jangkitan dilaporkan sebanyak 2,881 kes.
Semalam, negara mencatatkan 3,788 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, Selangor, Sarawak dan Kelantan melaporkan kes tertinggi, manakala Perlis tiada kes baharu.
Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan sebanyak 759 kes, Sarawak (445), Kelantan (442), Kuala Lumpur (315), Johor (310), Pulau Pinang (133), Kedah (111), Negeri Sembilan (89), Sabah dan Perak masing-masing 64, Melaka (54), Pahang (47), Terengganu (42) Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya masing-masing tiga kes.
Jumlah keseluruhan kes hari ini pula mencecah 411,594 kes.
Terdahulu, hari ini kerajaan memutuskkan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa, khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami kenaikkan kes positif Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian semula ini penting untuk memastikan Produser Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan Covid-19.