[KEMAS KINI] 5,666 kes baharu, 9 negeri catat peningkatan

October 24, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit kepada 5,666 kes, berbanding 5,828 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,431,716 kes.

Sejak awal tahun lalu sehingga semalam, 2,320,391 pesakit Covid-19 telah disahkan sembuh.

Selangor kekal mencatat jumlah kes harian tertinggi dengan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 1,078 kes berbanding 1,039 jangkitan positif semalam.

Sementara itu, lapan negeri mencatat peningkatan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam itu dengan Sarawak  merekodkan 754 kes berbanding 587 kes semalam.

Johor pula merekodkan 566 jangkitan baharu berbanding 503 kes semalam, diikuti Kedah (421 kes baharu, 345 semalam); Melaka (262 kes baharu, 223 semalam); Negeri Sembilan (218 kes baharu, 199 semalam); Perlis (40 kes baharu, 39 semalam); Putrajaya (30 kes baharu, 20 semalam); dan Labuan (tujuh kes baharu, tiga semalam).

Semalam lima negeri mencatat kenaikan kes, sementara yang lain merekodkan penurunan di bawah angka 600 kes, kecuali Selangor.

Daripada lima negeri itu, Perak merekodkan 411 jangkitan baharu semalam berbanding 381 pada Jumaat, diikuti Pahang (335 semalam, 302 Jumaat); Melaka (223 semalam, 183 Jumaat); Negeri Sembilan (199 semalam, 192 Jumaat); dan Labuan (tiga kes semalam, dua kes Jumaat).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam adalah 0.87.

Kuala Lumpur kekal mencatat nilai RT tertinggi iaitu sebanyak 1.00, manakala terendah adalah Perlis dengan RT 0.77.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok