Jangan buat spekulasi kematian pegawai perubatan jatuh bangunan

May 4, 2022 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kematian seorang petugas Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini pada 17 April lepas.

Pengarahnya Dr Maarof Sudin berkata beliau dimaklumkan bahawa polis yang sedang menyiasat kes itu telah mengarahkan bedah siasat dijalankan, lapor Bernama.

Beliau berkata memandangkan kes ini masih dalam siasatan polis, dan bagi menghormati keluarga mendiang, JKNPP memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian itu.

“Jabatan ini (JKNPP) dan pihak HPP akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak polis dalam siasatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 17 April lepas petugas itu ditemukan maut, dipercayai selepas terjatuh daripada unit kediamannya di bangunan berhampiran.

Dr Maarof yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan mendiang berkata, mendiang merupakan seorang Pegawai Perubatan Siswazah yang telah melaporkan diri dan ditempatkan di HPP pada 4 April lepas.

Menurutnya laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal, termasuk laporan bedah siasat Jabatan Forensik HPP, yang akan dikemukakan kepada polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin dalam kenyataan berasingan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) menyiasat secara menyeluruh kes itu, berikutan ia didakwa kejadian kedua dalam tempoh kurang dua tahun yang membabitkan doktor.

Norlela berkata pihak yang terlibat juga perlu memberi penjelasan mengenai kes dan situasi dihadapi doktor di hospital di negeri ini.

“Saya pernah membangkitkan tentang tempoh masa kerja yang tidak logik membabitkan profesion seorang doktor yang pernah dihadapi oleh ahli keluarga saya sebelum ini, namun maklum balas pihak kesihatan negeri adalah semua doktor perlu melalui situasi berkenaan,” katanya.

Semalam satu portal berita melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan seorang doktor pelatih dari HPP ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari bangunan dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Pada penghujung tahun 2020, seorang doktor pelatih lelaki yang bertugas di HPP ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Bukitt Jambul, dipercayai akibat membunuh diri.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok