Isu kekecohan menteri di KLIA tak perlu disensasikan: Azam

July 8, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menasihati pengamal media agar tidak mensensasikan siasatan berhubung isu kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata ia merujuk kepada satu laporan media tempatan hari ini yang mendakwa tiada elemen rasuah dalam siasatan kes terbabit, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kes itu, yang kini memasuki hari keenam siasatan.

“Pihak media diharap tidak mensensasikan (isu kekecohan di KLIA) dengan memetik sumber tidak berkenaan… Ini (membuat kesimpulan kes) terlalu awal kerana (SPRM) baharu sahaja memulakan siasatan, terdapat saksi-saksi yang perlu kita panggil dan kumpulkan keterangan.

“Kita mahukan siasatan terperinci dan akhir nanti apabila selesai, kita akan kemukakan kepada pihak Pendakwa Raya atau Peguam Negara… di situ baru boleh tentukan ada kes atau elemen (rasuah) atau sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kekecohan telah berlaku di KLIA melibatkan orang kenamaan yang dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke Malaysia sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Rabu lepas, Azam berkata pihaknya sudah merakam keterangan 14 individu termasuk dua wanita warga China serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, lapan pegawai Jabatan Imigresen dan beberapa saksi lain.

Beliau juga berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab menguruskan warga asing yang dikenakan perintah Not-To-Land (NTL).

“Kita mahu tahu pelaksanaan dalam mengendalikan NTL ini oleh mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran,” katanya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok