Isu buka Parlimen, blok pembangkang serlah sikap binatang politik

June 17, 2021 · Isu semasa

Pemimpin blok pembangkang dibidas sebagai binatang politik selepas menangguk di air yang keruh dengan memutar-belitkan kenyataan dari Istana Negara seolah-olah Parlimen patut dibuka sekarang.

Pakatan Harapan terlalu kemaruk dengan kuasa sehingga mengabaikan situasi wabak Covid-19 yang dihadapi rakyat apabila mendesak pula Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan hanya kerana gagal menuruti kehendak mereka, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman.

“Kelompok binatang politik dalam negara ini sengaja menjadikan kenyataan Istana Negara sebagai modal untuk mengalihkan perhatian rakyat di negara ini yang sedang bergelut dengan penularan wabak berskala global serta masalah ekonomi kesan darinya.

“Di mana kerajaan Malaysia sedang berusaha bersungguh-sungguh hampir 24 jam bersama para petugas barisan hadapan untuk menjayakan agenda pemulihan negara sambil mengimbangi tuntutan pelbagai pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kenyataan Istana Negara semalam selari dengan kenyataan Muhyiddin yang berpendirian Parlimen akan dibuka secepat mungkin dalam bulan September atau Oktober setelah kadar vaksinasi kebangsaan mencapai sasaran tertentu.

Terdahulu, PH melalui Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar Muhyiddin meletak jawatan kononnya jika Parlimen tidak dibuka dalam waktu terdekat.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, kenyataan dari Istana Negara juga langsung tidak menyebut kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) sekarang gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya malah, tiada pula dilayan sebarang cadangan untuk membentuk Mageran (Majlis Gerakan Negara), PRU (Pilihan Raya Umum) dalam waktu terdekat atau sebarang bentuk penukaran kepimpinan negara dari yang sedia ada.

“Sesungguhnya Tuanku dengan segala kebijaksanaan baginda, amat memahami realiti semasa negara ini yang memerlukan kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing demi rakyat, bukan demi kepentingan peribadi, apatah lagi bermain politik di kala negara amat memerlukan kestabilan politik dalam menghadapi bencana besar seperti sekarang,” katanya.

Tambahnya, amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu Parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara. Sedangkan mereka tahu kadar vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan makin hari makin meningkat kepantasannya.

Jelasnya, jika Parlimen dibuka sekarang, bukan saja Ahli-Ahli Parlimen, sama ada yang sudah menerima vaksin atau belum, terdedah dengan varian-varian baru Covid-19 yang lebih ganas, malah semua pihak yang terpaksa hadir ke Parlimen, dari tukang cuci, pengawal keselamatan, hinggalah kepada staf Parlimen serta para pegawai kementerian yang berkaitan, lebih kurang dalam seribu nyawa akan terdedah dengan wabak tersebut.

“Kita tidak mahu kelak nanti wujud pula kluster Parlimen yang mengorbankan nyawa terutama mereka yang berada dalam kelompok berisiko tinggi akibat mempunyai penyakit-penyakit kronik yang lain.

“Cadangan sidang Parlimen secara maya atau hibrid pula mempunyai keterbatasan yang tertentu memandangkan ia pertama kali dicadangkan, maka sudah tentu ia mengambil masa untuk direalisasikan agar tiada masalah teknikal yang berbangkit di kemudian hari,” katanya.

Tegasnya, andai kata wujud kluster Parlimen oleh mereka yang hadir ke Parlimen sekarang atau masalah teknikal ketika sidang secara maya, maka sudah tentu ia akan dijadikan pula modal politik oleh kelompok binatang politik ini tadi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok