Ismail Sabri dapat anugerah doktor kehormat dari universiti ranking corot

May 24, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, pada Selasa (24 Mei 2022), yang dilaporkan bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan beliau memerangi pandemik Covid-19.

Anugerah diberikan di sekolah perubatan universiti itu Itabashi, sebuah bandar di Tokyo, ketika Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.

Mengikut usnews.com, Universiti Nihon berada pada kedudukan #1,270 terbaik pada peringkat global (Best Global Universities); #372 peringkat Asia dan #39 di Jepun.

Sebaliknya, laman sesawang sama turut meletakkan Universiti Malaya pada kedudukan #211 pada peringkat global, #29 (terbaik di Asia); dan (#1 terbaik di Malaysia), sekali gus jauh lebih baik daripada Universiti Nihon.

Universiti Malay memperoleh 63.3 skor peringkat global manakala Universiti Nihon dengan 33.2 skor global.

Bagaimanapun, laman sesawang Universiti Nihon meletakkan kedudukan mereka antara 501 hingga 550 terbaik peringkat global, dan 401 hingga 450 pada peringkat Asia.

Sementara itu, memetik Bernama, Ismail Sabri berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik Covid-19.

“Sesungguhnya anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar bukan hanya untuk saya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang telah membuktikan keupayaannya untuk menangani pandemik Covid-19 dengan cara sendiri,” katanya dalam ucapan penerimaan anugerah itu.

Mengimbau ketika pandemik Covid-19 melanda Malaysia, Ismail Sabri berkata beliau diamanahkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan pada Mac 2020 yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik Covid-19.

Bermula detik itu, katanya seluruh kekuatan dan aset digembleng secara bersama iaitu agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak berkenaan.

“Peperangan menentang Covid-19 ini, merupakan sesuatu yang besar dan mencabar,” katanya.

Berkongsi pengalaman Malaysia memerangi pandemik Covid-19, Ismail Sabri berkata segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak itu dikenal pasti dan ditangani sebaiknya.

Beliau juga berkata kerajaan terpaksa bertindak tegas pada peringkat awal dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rakyat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja.

“Kita berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat Keluarga Malaysia mesti diselamatkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata Malaysia sudah hampir berjaya, dengan Malaysia mulai 1 April sudah membuka pintu sempadan dan mulai 1 Mei pula, prosedur operasi standard dilonggarkan seperti pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di kawasan tertutup dan tiada lagi penjarakan fizikal dan ia membolehkan semua sektor ekonomi dibuka sepenuhnya.

“Inilah hasil strategi kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan kawalan pergerakan serta sokongan penuh daripada rakyat akhirnya kita berjaya melandaikan lengkung jangkitan pandemik Covid-19,” katanya.

Menurutnya, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik Covid-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.

Kato dalam kata-kata penghargaannya mengakui Ismail Sabri memainkan peranan penting dalam menangani pandemik Covid-19 dan memberi keutamaan kepada kehidupan dan kesihatan rakyat.

Ini telah menyumbang dengan ketara kepada pembinaan kepercayaan dalam kerjasama perubatan antarabangsa dan peningkatan teknologi dalam diagnosis dan rawatan jarak jauh serta latihan pemulihan fungsi, katanya.

“Pencapaian sedemikian amat dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia,” kata Kato.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok