Infak #Aid4Palestine bantu perjuangan rakyat Palestin

May 13, 2021 · Isu semasa

Semangat jihad rakyat Palestin yang tinggi berasaskan keimanan yang kuat menjadi obor kepada perjuangan pembebasan bumi Palestin, mesti dibantu, kata Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu katanya, sebuah Sekretariat #Aid4Palestine ditubuhkan bagi mengumpul dana sebanyak RM1 juta untuk disalurkan kepada perjuangan rakyat Palestin yang kini sedang berperang dengan rejim Zionis Israel.

Beliau mengajak umat Islam negara ini untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis Israel, termasuk memberi infaq dan sumbangan menerusi Sekretariat #Aid4Palestine sebagai tanda pengorbanan dan sayang kepada Masjid Al-Aqsa serta bumi Palestin.

Katanya, Sekretariat #Aid4Palestine itu dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Sekretariat #Aid4Palestine akan berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan RM1 juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin.

Setakat ini Abdul Hadi berkata, komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal sudah mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia.

Mengulas mengenai konflik yang berlaku antara Palestin dan rejim Israel sekarang ini, Abdul Hadi berkata, tindakan zalik rejim Zionis itu wajib dikecam oleh seluruh rakyat dan pemimpin negara umat Islam sedunia yang cintakan bumi al-Aqsa.

“Perompak jalanan Zionis Israel berusaha untuk mengusir penduduk Palestin di kawasan Syeikh Jarrah supaya keluar daripada rumah-rumah mereka, dan selepas itu tanah dan hak mereka akan dirampas oleh Zionis Israel secara haram.

“Sehingga ke saat ini menjelang 1 Syawal 1442H, rakyat dan pejuang Palestin terus teguh mempertahankan bumi suci itu tanpa rasa gerun dan takut kepada musuh Allah SWT. Semangat jihad mereka yang tinggi berasaskan keimanan yang kuat menjadi obor kepada perjuangan pembebasan bumi Palestin,” katanya.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok