Individu tak hadir terima vaksin perlu buat penjadualan semula

June 6, 2021 · Isu semasa

Individu yang gagal hadir mengambil vaksin Covid-19 mengikut tarikh temu janji mereka diminta melakukan penjadualan semula menerusi aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan akan mengumumkan jumlah mereka yang gagal hadir untuk mengambil vaksin minggu depan.

Katanya, penjadualan semula itu perlu dilakukan bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi berkelompok sebanyak 80 peratus.

“Kita terima laporan harian ada individu yang gagal hadir vaksinasi atas pelbagai sebab, antaranya tiada pengangkutan atau takut untuk disuntik.

“Tetapi saya nasihatkan mereka agar melakukan penjadualan semula dalam aplikasi MySejahtera untuk membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya har ini.

Katanya, walaupun individu berkenaan tidak hadir, kerajaan tidak berdepan masalah kerana bekalan vaksin yang ada boleh digunakan untuk penerima lain keesokannya.

Sementara itu, beliau berkata sehingga semalam, 12,683,764 individu telah mendaftar untuk PICK dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi seramai 3,353,308 orang.

Katanya, seramai 1,128,738 individu sudah melengkapkan dua dos vaksin setakat semalam, manakala 2,364,455 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini berjumlah 3,493,193 dos.

Mengikut perancangan, fasa kedua PICK yang bermula April lalu hingga Ogos ini akan membabitkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kelainan Upaya.

Fasa ketiga dari Mei tahun ini hingga Februari 2022, membabitkan individu berusia 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok