Individu 18 hingga 29 tahun paling ramai dijangkiti Covid minggu lalu

May 9, 2022 · Isu semasa

Seramai 9,373 individu berusia 0 hingga 80 tahun dan ke atas disahkan dijangkiti virus SARS-CoV-2 dalam tempoh seminggu lalu yang berakhir pada 8 Mei 2022.

Daripada jumlah itu, 2,190 kes positif Covid-19 membabitkan individu berusia 18 hingga 29 tahun, diikuti 2,160 kes (30 hingga 39 tahun), dan 1,449 kes (40 hingga 49 tahun).

Jumlah kes mengikut kategori umur yang lain ialah:

  • 50-59 tahun – 840 kes;
  • 60-69 tahun – 646 kes;
  • 5-11 tahun – 635 kes;
  • 12-17 tahun – 529 kes;
  • 0-4 tahun – 431 kes;
  • 70-79 tahun – 233 kes; dan
  • 80 tahun dan ke atas – 149 kes.

Sementara itu, daripada 2,153 kes baharu yang dilaporkan semalam, 1,524 melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 353 kes (lengkap dua dos); 226 (tidak divaksinasi); dan 50 belum lengkap vaksinasi.

Bagi sepanjang minggu berkenaan juga sebanyak 44 kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan.

Daripada jumlah itu, 14 kes melibatkan individu berusia 80 tahun dan ke atas; 12 kes (60-69 tahun); masing-masing lima kes kategori usia 40-49 tahun serta 70-79 tahun; empat kes (50-59 tahun); tiga kes (30-39 tahun); dan satu kes (0-4 tahun).

Berita berkaitan
Banjir: Empat kematian dilaporkan di Johor, jumlah mangsa mencecah 48,000 di PPS
March 4, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok