Iklan ‘duit raya’ untuk halalkan judi

April 16, 2021 · Isu semasa

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyifatkan iklan judi atas talian GDBET333 yang tersebar di laman sosial sebagai keangkuhan yang mencabar perundangan negara dan tatasusila kewarganegaraan.

Malah, lebih mendukacitakan ialah iklan itu tanpa segan silu mengetengahkan anak muda Melayu dan Islam sebagai pelakon dan berlatarbelakangkan sambutan Hari Raya Puasa, kata Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah.

Katanya, iklan itu adalah satu bentuk provokasi yang dimainkan seolah-olah ianya adalah proses normalisasi kepada umat Islam untuk menjadikan perjudian boleh ‘dibersihkan’.

“Iklan tersebut telah menyelar kesucian dan kehormatan bulan Ramadan ini dilihat dengan sengajanya mencabar Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang termaktub Islam sebagai agama Persekutuan.

“Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya menjadi hari kemenangan umat Islam, natijah daripada keberhasilan pembetukan jati diri di bulan Ramadan, namun akhirnya disalahertikan dan dieksploitasi matlamatnya, dengan iklan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Justeru, Mohd Nor berkata keangkuhan yang benar-benar mencabar perundangan negara ini dan tatasusila kewarganegaraan ini perlu diambil tindakan undang-undang secepat mungkin.

Awal hari ini, Agenda Daily melaporkan syarikat perjudian kini semakin berani dengan menerbit dan menyiarkan iklan judi ketika Ramadan dan ditampilkan dengan lagu sempena Aidilfitri.

Iklan itu mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya mendapatkan khidmat perjudian mereka bagi meraih wang berganda.

Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul klip video itu dan mencari penerbit serta pelakon yang terbabit dalam video itu.

Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok